11 Maut Lori Rempuh Bas


HANOI: Seramai 11 terbunuh selepas sebuah lori dipandu melawan arus di laluan sehala bertembung dengan bas di sini, hari ini.

Menurut Agensi Berita Vietnam, kemalangan di wilayah Gia Lai itu berlaku awal hari ini, juga menyebabkan 23 penumpang bas berkenaan cedera.

Ketika kejadian, bas itu membawa 26 penumpang dan antara yang maut, pemandu bas berkenaan. Bagaimanapun, tiada laporan mengenai keadaan pemandu lori terbabit.

Ramai mangsa terperangkap dalam bas dan pihak berkuasa dengan bantuan penduduk kampung terpaksa mengumpil bahagian yang remuk serta memecahkan tingkap bagi mengeluarkan mangsa.-AFP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :