3 Suspek Bunuh Ditahan Reman 7 Hari



KUCHING: Tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki berhampiran pusat hiburan di Jalan Datuk Abdul Rahim dekat sini Isnin lalu direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Memetik laporan Utusan Borneo, kesemua suspek berusia 22 hingga 26 tahun yang ditahan di tiga lokasi berasingan Selasa lepas dibawa ke hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman yang mengarahkan mereka untuk hadir semula pada 30 Mei.

Terdahulu, dua pasangan suami isteri yang turut ditahan pada hari yang sama mendapat tempoh tahanan reman semalam selama enam hari.

Isnin lalu, sekitar jam 3 pagi mangsa yang dikenali sebagai Shamsul Hipni, 41 ditemui mati selepas dipercayai dibelasah sekumpulan lelaki.

Kesemua suspek disiasat dibawah Seksyen 302 kanun keseksaan, jika sabit kesalahan hukuman mati mandatori akan dikenakan.-Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :