SIBURAN: Lapan sekeluarga hilang tempat berteduh selepas rumah kediaman mereka musnah dijilat api di Lorong 2, Jalan Kampung Lintang Baru Panchor dekat sini tengah hari tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Sarawak, dalam kejadian sekitar jam 12 tengah hari, sebuah rumah kediaman dua tingkat milik keluarga berkenaan musnah sepenuhnya.
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikerahkan ke lokasi sejurus laporan diterima.
"Setibanya anggota ke lokasi kejadian, pihak bomba mengalami kesukaran untuk memadamkan kebakaran yang merebak berikutan ketiadaan pili bomba dan sumber air terbuka di sekitar lokasi kebakaran." katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.-Sarawakiana