Ajal Di Luar Pusat Hiburan

gambar hiasan


KUCHING - Seorang lelaki maut selepas dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah pusat hiburan dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia 41 tahun meninggal dunia ditempat kejadian ekoran kecederaan parah yang dialaminya.

Menurut sumber seperti yang dilaporkan Kosmo Online, mangsa telah bertengkar dengan seorang lelaki sebelum tercetus pergaduhan tersebut.

"Mangsa kemudian didatangi dan dikejar sekumpulan lelaki di pusat hiburan terbabit sebelum bertindak melarikan diri keluar dari premis berkenaan, namun sekumpulan lelaki tersebut mengejar mangsa dan membelasahnya di luar premis berkenaan." katanya.

Bagaimanapun, ketika pekerja pusat hiburan yang cuba membantu mangsa, beliau terkejut menemui mangsa yang sudah tidak bernyawa.

Sehingga berita ini ditulis, siasatan lanjut dan gerakan memburu suspek sedang giat dilakukan.-Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :