"Akhirnya Gobalakrishnan kembali kepada MIC"

Selepas 18 tahun meninggalkan MIC, bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap bekas Anggota Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, hari ini kembali menyertai parti itu.
Pengumuman penyertaan Gobalakrishnan bersama MIC dibuat Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam, sewaktu berucap pada Majlis Pecah Tanah dan Meletakkan Batu Asas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Keladi, di Sungai Petani, hari ini.
Subramaniam berkata, hasrat Gobalakrishnan menyertai semula MIC disuarakan dalam satu pertemuan beberapa minggu lalu, dan hari ini secara rasminya beliau kembali bersama MIC.
"Beliau (Gobalakrishnan) memaklumkan kepada saya beberapa minggu lalu dan minggu lepas dia hantar surat kepada saya, hari ini saya beri kelulusan kepada beliau menjadi anggota MIC.
"Beliau tidak meminta apa-apa jawatan sebaliknya hanya mahu menyumbang kepada masyarakat bersama MIC," katanya pada sidang media, di Sungai Petani hari ini.
Subramaniam berkata, beliau mengalu-alukan sesiapa juga yang berhasrat menyertai MIC dan bersama-sama bekerja bagi mengukuhkan lagi parti.
Sementara itu, Gobalakrishnan berkata, beliau menceburi politik sejak 1987 dan aktif dengan Pergerakan Pemuda MIC, sehinggalah keluar parti dan menyertai PKR pada 1999 akibat hilang keyakinan terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) ketika itu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :