Amaran SKMM Terhadap Kumpulan WhatsApp Adalah Palsu

Foto The Star


KUCHING - Penyebaran berita mengenai amaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap kumpulan dalam aplikasi WhatsApp yang dikatakan dipantau 24 jam adalah palsu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, penyebaran berita itu adalah palsu dan tidak ada kebenaran sama sekali.

"Bagaimanapun, SKMM selalu memberi amaran kepada semua pihak bahawa dalam menggunakan media sosial, kita terikat dengan undang-undang dan peraturan sedia ada.

"Fungsi suruhanjaya pula adalah sebagai pelaksana, bukannya ditugaskan untuk mengintip mana-mana pihak," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan ASEAN International Film Festival & Awards (AIFFA) Biz World di sini hari ini. - Kosmo Online

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :