AS tak gentar ancaman nuklear Pyongyang



KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) sebagai kuasa utama dunia tidak gentar dengan ancaman atau provokasi senjata nuklear, didakwa dilakukan Korea Utara terhadap negara itu.

Naib Presiden Kajian Dasar dan Pertahanan Luar Negara (AS), Dr James Jay Carafano, berkata beliau optimis Pyongyang tidak memiliki keupayaan mencukupi untuk mengancam AS secara langsung walaupun mendakwa memiliki kelengkapan nuklear berkuasa tinggi.

Beliau berkata, AS tidak perlu mengubah dasar dan prinsip terhadap Korea Utara kerana keupayaan mereka jauh mengatasi kuasa Asia itu.

"AS tidak perlu takut atau tunduk dengan Korea Utara. Provokasi nuklear yang mereka lakukan tidak mengancam kami secara langsung.

"Keupayaan ketenteraan dan pertahanan AS sudah terbukti efektif dalam menangani sebarang bentuk ancaman," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sesi soal jawab selepas sesi plenari pertama bertajuk Hubungan Kuasa Baharu dan Dinamik Di Asia Pasifik di Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-31 (APR 31) di sini hari ini.-BHOnline


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :