Timbalan presiden PKR itu berkata, ia bertujuan memberi masa kepada Hadi Awang berehat sebelum beliau menjalani pembedahan pada minggu depan.
“Beliau akan menjalani pembedahan pada awal bulan depan,” katanya selepas menghadiri perasmian Masjid Perodua oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Selasa lalu, menteri besar Selangor itu dilaporkan berkata, beliau sedia menemui Hadi atau mana-mana kepimpinan parti Islam itu untuk membincangkan “masalah” mereka dengan PKR di Selangor menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Kita mesti merendahkan hati untuk duduk dan berbincang. Walaupun ada perbezaan, tetapi saya fikir masalah boleh diselesaikan melalui perbincangan dan konsensus,” kata Azmin yang juga timbalan presiden PKR.
Semalam, Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan menamatkan hubungan dengan PKR serta-merta “kerana begitu banyak pelanggaran syarat menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam”.
Read More / Baca Lagi >>