Ia berikutan perjanjian Jualan Saham yang dimeterai pada 31 Disember 2015 oleh TRX City Sdn Bhd dengan konsortium itu kini telah luput walaupun tempoh lanjutan diberikan.
“Siapa yang akan membayar balik deposit RM741 juta yang dibayar kepada 1MDB oleh konsortium IWH?
“Adakah 1MDB akan mengembalikan bayaran deposit, atau adakah Kementerian Kewangan perlu sekali lagi menyelamatkan 1MDB dengan mengeluarkan RM741 juta hasil kemelut hartanah 1MDB?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Tony, pengumuman TRX City Sdn Bhd semalam itu tidak mengejutkan.
Beliau malah turut mempersoalkan alasan di sebalik cadangan penjualan ekuiti itu kepada sebuah konsortium dengan jumlah aset bersih sebanyak hampir RM3.8 bilion atau kurang daripada separuh nilai urus niaga berkenaan.
“Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015, keuntungan bersih syarikat itu sebelum cukai hanya RM170.4 juta.
“Walaupun IWH jelas cuba melakukan lebih daripada kemampuannya, 1MDB dengan bangga mengumumkan pada 31 Disember 2015 yang perjanjian penjualan IWH-Bandar Malaysia menandakan peristiwa penting terakhir dalam pelan rasionalisasi 1MDB seperti yang dikemukakan kepada kabinet Malaysia pada 29 Mei 2015,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>