MARMARIS - TURKI: Sekurang-kurangnya 23 maut selepas sebuah bas pelancong terjunam gaung berdekatan tempat peranginan tepi pantai selatan Turki, Marmaris, lapor BBC.
11 lagi dilaporkan cedera selepas pemandu bas mini hilang kawalan dan merempuh penghadang.
Tiada pelancong asing terlibat.
Media Turki melaporkan, kenderaan itu menghala ke Marmaris untuk satu acara hari ibu yang diraikan pada Ahad.
Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.
Gebenor wilayah Mugla, Amric Cicek berkata, kegagalan brek dipercayai punca kemalangan.
Namun Datuk Bandar Marmaris, Ali Acar memberitahu Turki, kemalngan mungkin disebabkan kesilapan pemandu.
Sementara itu, agensi berita Anadolou melaporkan, kemalangan berlaku di jalan Mugla-Antalya di Sakar Gecidi.
Bas tersebut terjunam kebawah jalan selepas terlanggar penghadang jalan.
Pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi kemalangan dan mangsa yang cedera di bawa ke hospital. -SH