Berapa kos lawatan Rosmah dan dua menteri pengiring ke UK?

Ketika perbelanjaan kerajaan bagi sektor-sektor kritikal seperti kesihatan dan pelajaran dipotong, perbelanjaan mewah Jabatan Perdana Menteri yang membabitkan lawatan ke luar negara menjadi persoalan umum.
Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin dalam satu kenyataan menggesa PERMATA mendedahkan perbelanjaan lawatan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu ke London, United Kingdom (UK) selama tujuh hari bermula hari ini hingga 10 Mei depan.
Gesaan itu dibuat kerana bimbang wang pembayar cukai digunakan secara berwewenang sedangkan pelbagai peruntukan bagi sektor perkhidmatan awam dan subsidi dipotong.
"Jika ia didanai wang cukai rakyat, adakah patut kerajaan mengeluarkan belanja besar untuk lawatan ini sedangkan pelbagai bajet hampir semua sektor perkhidmatan awam dan subsidi dipotong? Malah, adakah lawatan ini sebenarnya perlu?" soalnya.
Beliau turut mempersoalkan kehadiran dua menteri iaitu Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Datuk Seri Azalina Othman mengiringi Penaung PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan tersebut.
“Adakah kita perlukan dua menteri untuk menyertai lawatan ini? Apa yang mereka buat di UK selama seminggu?
“Gaji menteri dibayar menggunakan wang pembayar cukai jadi mereka perlu bertanggungjawab terhadap kita mengenai lawatan rasmi tersebut,” katanya.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan program Minda Nobel anjuran PERMATA pintar dengan Royal Society of London yang sebelum ini dilakukan di Malaysia namun diadakan di UK untuk kali ini.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :