MALAYSIAKINI
Seramai 23 lelaki, sebahagian besar mereka pelajar kolej swasta hari ini mengaku bersalah berbogel ketika menyertai kes motivasi di padang permainan sebuah resort di Bentong.
Majistret Khairuddin Anhar Mahmud mengenakan denda RM1,500 setiap seorang itu selepas semua individu terbabit dibacakan tuduhan berkelakuan lucah di lokasi berkenaan pada jam 5.30 petang pada 21 Januari lalu.
Menurut
Berita Harian Online, semua tertuduh yang berusia di antara 19 dan 23 tahun menjawab 'ya' apabila ditanya jurubahasa mahkamah sama ada memahami pertuduhan dan menjawab 'mengaku' apabila ditanya sama ada mengaku salah atau sebaliknya.
Mereka didakwa mendatangkan kegusaran kepada Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Selesa Hillhomes, Rozzana Chung Abdullah dengan berkelakuan lucah di tempat awam iaitu berbogel di padang permainan Selesa Hillhomes pada jam 5.30 petang 21 Januari lalu.
Tuduhan adalah mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sementara itu lima lagi peserta kem motivasi didenda RM1,500 seorang selepas mengaku salah bersubahat melakukan perbuatan itu di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 294(a) dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.
Lima fasilitator termasuk jurulatih kem motivasi didenda RM3,000 seorang dan dipenjara sebulan bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 22 Januari lalu selepas mengaku salah atas tuduhan sama.
Related Posts :
LAPORAN POLIS PALSU - FARID KAMIL MENGAKU TIDAK BERSALAH
Atas tuduhan membuat laporan polis palsu, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil yang menghadapi lima pertuduhan kes jenayah sebelum ini, t… Read More...
DENGAN MANIFESTO AWAL DAN 62 KESALAHAN, INI KALILAH UNTUK KITA SAMA2 TUMBANGKAN NAJIB....
Rakyat dan pengundi kini sebenarnya lebih mudah untuk membuat pilihan yang tepat dalam pilihanraya akan datang.
Rakyat juga sebenarnya leb… Read More...
Kanak-kanak menderita apabila dasar kerajaan gagal, kata Wan SaifulAhli PPBM itu mengingatkan bahawa sudah lama warga PPR bergelut dengan kekurangan dan kesusahan.
PETALING JAYA: Penyelidik PPBM Wan Saiful W… Read More...
PADA KIRAAN MEREKA BANGSA MELAYU ITU ADALAH SATU BANGSA YANG BANGANG, BENGONG, BENGAP, BENAK, BONGOK, BODOH, BAHALOL & DUNGU
Tuan-Tuan dan Puan-Puan (diucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa atau Sedunia), saya pun tak faham kenapa IGP (atau KPN) perlu mem… Read More...
ISU PUTUS TUNANG - BAPA ELFIRA LOY MINTA SUFIAN BERHENTI
"Sejak cincin tunang dipulangkan kepada keluarga Sufian di Muar, saya fikir, hal ini tidak akan berpanjangan.
<< BERITA & GAMB… Read More...