Semua perkara menjadi tidak kena apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir dalam program kerajaan walaupun bukan anjuran Umno, kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad.

"Salahkah PAS, berdosakah PAS yang hadir dalam program anjuran kerajaan. Salahkah PAS mengambil pendekatan politik matang dan sejahtera untuk bersama agensi kerajaan, bukan program parti," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau merujuk kehadiran Presiden PAS sebagai tetamu kehormat majlis rasmi kerajaan yang diadakan di Marang, Terengganu pada Khamis lalu.
Dalam majlis berkenaan, Hadi menjadi sebahagian daripada tokoh yang menjayakan sidang media bersama pemimpin kanan Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, serta beberapa pegawai kanan Jabatan Perikanan Malaysia serta Petronas.
Idris yang juga anggota parlimen Bukit Gantang berkata, PAS tidak pernah cemburu sekiranya ada dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan bertemu pemimpin Umno.
"Malahan kita tahu ada pertemuan di London satu masa ketika dahulu bersama dengan pimpinan tertinggi Umno. Malah hendak ajak Tuan Guru Haji Hadi bersama di dalam pertemuan tersebut, tetapi beliau tidak pergi, kalau tidak nahaslah.
"PAS tidak ambil kisah hal pertemuan itu, kerana kita faham ini pertemuan biasa. Almaklumlah, kita rai kerana mereka masih ada DNA dengan Umno sebelumnya," katanya merujuk dakwaan pertemuan sulit antara pemimpin PKR dan Umno, empat tahun lalu.
Related Posts :
Nazri menggeletar saya kawan baik Anwar, kata Dr Mahathir
Mohamad Fadli and Nawar Firdaws
Dr Mahathir menjawab andaian beliau dan bekas timbalannya akan 'saling berbunuhan' dalam Paka… Read More...
Isteri Aaron Aziz beri lampu hijau aksi mesra Soo Wincci!
Dr Soo Wincci berharap tidak ada peminat yang salah faham apabila menonton aksi mesra dia dan Aaron Aziz dalam filem terbaharu mereka, Kau … Read More...
Ops imigresen, Felda rugi RM2 juta sehari akibat kurang pekerja
FMT Reporters
Pemangku Pengerusi FGV, Sulaiman Mahbob berkata, bagi mengatasi kekurangan pekerja, Felda bercadang mengambil 7… Read More...
Penerbangan AirAsia dibatalkan, penumpang cuba ceroboh kokpit
FMT Reporters
| July 18, 2017
Penumpang pesawat itu berkata, suspek yan… Read More...
DAP: MRT ‘bertaraf dunia’ perlu penambahbaikan
FMT Reporters
Tak cukup bas penghantar dan liputan tidak meluas, Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran menggesa kerajaan meneri… Read More...