Bersatu terlepas peluang bawa perubahan dalam lanskap politik Msia, kata bekas MPT


Kamarulazman Habibur Rahman Kamarulazman Habibur Rahman Setelah meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Kamarulazman Habibur Rahman terus mengkritik barisan kepimpimpinan yang dakwanya har ini sedang berhadapan dengan pelbagai masalah dalaman parti.
 Kamarulazman yang juga Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia(GKCM) itu berkata, gerakan perubahan yang cuba di bawa Bersatu mula pudar dan lesu apabila parti ini dibanjiri oleh bekas ahli Umno dan ini menjadikan Bersatu sebagai 'carbon copy' bagi Umno.
"Jelas isu ini menjadikan orang ramai mual dengan janji kosong para pemimpinnya untuk menjadikan Bersatu serba baru. Ramai yang rasa tertipu.
"Bersatu tidak mempunyai agenda jitu yang boleh meyakinkan rakyat. Selain daripada menumbangkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri, Bersatu 'clueless' tentang perancangan masa depan untuk negara," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Menurut Kamarulazman lagi, sehingga kini parti itu tidak dapat menentukan siapa yang akan diangkat sebagai bakal Perdana Menteri, apatalah lagi untuk dibincangkan bersama dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.
"Sampai ke hari ini, isu jawatan Perdana Menteri merupakan persoalan yang amat sensitif.
"Bersatu mempunyai idea tersendiri siapa yang patut di ketengahkan untuk memenuhi jawatan itu. Ada yang bawa idea jawatan PM sementara.
"Namun adakah parti komponen dalam Pakatan Harapan akan terpedaya dengan idea PM sementara ini? Memandangkan ramai penggerak awal dalam Bersatu sendiri sudah rasa tertipu dengan gerakan belakang tabir beberapa pemimpin tertinggi parti, pasti parti parti komponen Pakatan Harapan akan amat berwaspada dengan Bersatu," ujarnya.
Kamarulazman adalah salah seorang daripada tujuh pengasas Bersatu telah mengambil keputusan keluar parti dan meletakkan semua jawatannya pada April lalu kerana mendapati parti itu masih kabur dalam perjuangan.
Beliau juga tidak berhasrat untuk kembali menyertai Umno dan mahu fokus bersama NGO seperti GKCM yang akan terus berjuang untuk rakyat.
Justeru katanya lagi, rakyat ingin tahu siapa yang benar benar akan dilantik menjadi Perdana Menteri untuk membolehkan mereka membuat keputusan parti mana yang akan diundi dalam PRU 14.
"Saya berpendapat bahawa jawatan PM merupakan penentu kemenangan.
"Namun saya tidak yakin Pakatan Harapan sanggup mengambil risiko menamakan calon PM kerana pasti semua berkeinginan.
"Malahan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM sendiri, calon PM berubah ubah dari Muhyiddin kepada Tun dan ia sering bertukar dari hari ke hari.
"Adakah ini menunjukkan ada kelompok Tun dan Muhyiddin? Bersatu pasti akan mengatakan 'tiada'," dakwanya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :