Janganlah apabila begitu hampir dengan pilihan raya umum barulah tindakan sandiwara akan bermula.
Demikian pertanyaan yang dilontarkan oleh Ketua Pendaftar Keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Kedah, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid ketika berucap dalam program isu semasa di Taman Ria, Sungei Petani kelmarin.
Malah katanya, isu ini telah pun didedahkan sebelum ini, namun begitu belum ada apa-apa tindakan yang diambil terhadap exco yang masih berada dalam kabinet kerajaan negeri Kedah.
"Tanah yang dianugerahkan kepada anak-anak exco ini adalah tanah berdekatan dengan Universiti AIMST di Merbok.
"Exco ini sepatutnya disiasat dan dibawa ke muka pengadilan bagi diadili.
"Namun begitu, sehingga kini, tiada apa-apa perkembangan yang menunjukkan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk mengmabil tindakan terhadap beliau, " jelasnya lagi.
Katanya lagi, selain itu siasatan juga harus dilakukan keatas dakwaan yang mendakwa sebanyak RM5 juta telah digunakan untuk program Selawat Nabi.
"Apakah program yang melibatkan pimpinan Umno Bahagian di Kedah ini juga akan terlepas dari siasatan dan diadili.
"Masakan program selawat pun menelan belanja yang begitu besar sehingga mencecah RM5 juta.
"Kerajaan tidak harus mengamalkan sikap 'double standard' apabila ada isu yang melibatkan salah laku pimpinan Umno dan BN," tegasnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>