BN DAFTAR HANTU, SPR TUTUP MATA

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sepatutnya berfungsi sebagai satu badan yang bebas meletakkan keutamaan kepada tanggungjawab yang diamanahkan oleh Yang Dipertuan Agung. Tetapi, pada hari ini, nama SPR telah tercemar kerana kerja-kerja kotor yang dilakukanya dengan bekerjasama dengan parti pemerintah.
SPR telah menderhaka kepada rakyat dan Perlembagaan Persekutuan kerana bersekongkol dengan Barisan Nasional melakukan pelbagai perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.
SPR telah menjatuhkan maruah negara kerana memdaftarkan ribuan pengundi hantu di kawasan-kawasan tertentu seperti di DUN Hutan Melintang, Perak. Saya pasti pihak SPR mengetahui dalang yang melakukan kerja-kerja kotor ini. Tetapi, SPR sengaja membenarkan pihak-pihak tertentu untuk berbuat demikian.  Adakah ini disebabkan oleh rasuah atau arahan daripada pihak atasan? Nampak sangat bahawa SPR mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.
Pengerusi SPR seharusnya berasa malu dengan kerja-kerja kotor yang dilakukan oleh agensi ini. Tetapi, beliau tidak akan berbuat apa-apa dan  terus membenarkan agensinya menjilat kasut pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Saya rasa kesian melihat pekerja-pekerja bawahan SPR yang diperalatkan oleh kerajaan untuk kepentingan politik mereka.
Seluruh rakyat negara kita mengetahui tentang kerja-kerja jahat yang dilakukan oleh SPR dalam pendaftaran pengundi, pensempadanan semula dan proses perjalanan pilihanraya. Kita rasa kecewa kerana SPR telah melakukan kezaliman yang besar iaitu melawan kehendak rakyat jelata.
BERSIH dalam beberapa demontrasi telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah muak dengan cara pengendalian pilihanraya oleh SPR. Saya ingin tahu apakah tindakan SPR terhadap pengundi-pengundi hantu dan orang-orang yang terlibat dalam mendaftarkan mereka.
Saya juga telah menyerahkan bantahan terhadap 12 pengundi hantu di DUN Jelapang, Parlimen Batu Gajah di SPR Perak pada 22/5/2017. Kita lihat apakah tindakan SPR terhadap mereka nanti. Jangan kecewakan rakyat lagi.

Subscribe to receive free email updates: