Boleh Bedah Selepas Berat Badan Susut 174 Kilogram


MEXICO CITY: Lelaki paling berat di dunia yang terlantar di atas katil sejak tujuh tahun lalu sudah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan pintasan gastrik selepas berat badannya susut 174 kilogram.

Juan Pedro Franco yang beratnya satu ketika dulu melebihi 500 kilogram menjalani diet sejak tiga bulan lalu sebagai persediaan untuk menjalani pembedahan itu esok.

Lelaki berusia 32 tahun itu yang berasal dari Aguascalientes di Mexico, hampir sama berat dengan seorang lagi warga Mexico, Manuel Uribe - yang pernah dinobatkan sebagai lelaki paling gemuk di dunia sehingga kematiannya pada 2014.

Pembedahan ke atas Franco akan dilakukan selepas beratnya berkurangan daripada 588 kilogram sejak beberapa bulan lalu.

Dia menjalani pemeriksaan rapi dan diawasi sekumpulan doktor selama lima hari sebelum dibedah.-Agensi

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :