Brazil Isytihar Zika Berakhir



SAO PAULO: Brazil mengisytiharkan amaran kecemasan kesihatan awam bagi virus Zika, kini berakhir iaitu 18 bulan selepas ia menjadi perhatian dunia.

Virus bawaan nyamuk itu mencetuskan kebimbangan apabila ia menyebabkan mikrosefali iaitu kecacatan pada kepala bayi yang dilahirkan.

Gambar bayi dengan kepala yang lebih kecil berbanding sepatutnya itu mencetuskan panik di seluruh Hemisfera Barat dan dunia.

Kebimbangan lebih meluas apabila pegawai kesihatan berkata virus itu juga boleh dipindahkan menerusi hubungan seksual dengan individu dijangkiti. - AP/BHonline

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :