Cara Keji Kutip Hutang


KUALA LUMPUR: Ada yang menyamar sebagai pegawai mahkamah, pegawai institusi kewangan untuk mengutip hutang lapuk, malah lebih biadab apabila sanggup menggunakan identiti anggota polis yang sudah meninggal dunia.

Tindakan keji itu dilakukan semata-mata menekan pengguna untuk membayar hutang yang diklasifikasikan sebagai lapuk walaupun ada antara kes itu sudah pun selesai bertahun-tahun, semuanya kerana ingin mendapatkan habuan lumayan.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd Arif berkata, pengutip hutang ini sanggup menggunakan pelbagai taktik termasuk mengugut untuk menyita barangan milik peminjam.

“Ada yang memberikan tempoh terlalu singkat untuk peminjam menyerahkan wang sebagai dorongan untuk tidak menyita barangan dan itu menjadikan peminjam hidup dalam ketakutan.

“Kami langsung tidak menyangka, mereka ini ada yang sanggup menggunakan siren kereta peronda ketika datang berjumpa peminjam kononnya mereka adalah pihak berwajib. Ini sesuatu yang tidak betul,” katanya kepada Harian Metro.-myMetro

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :