Contohi Perpaduan PBB - Tun Taib


KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berharap perpaduan yang terjalin dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dapat diterjemah dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) lain.

Beliau berkata, ini kerana perpaduan tersebut dapat terus meningkatkan kerjasama dalam BN yang utuh sejak sekian lama.

Melalui perpaduan menurutnya, semua kaum akan mendapat layanan sama rata.

"Perpaduan kita adalah paling baik untuk bawa Sarawak ke tahap lebih maju," katanya ketika menyampaikan amanat sempena Perhimpunan PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Tun Taib berkata, Sarawak akan berdepan cabaran terutama menaik taraf kehidupan rakyat selari dengan pembangunan.

"Usaha ini penting untuk membolehkan rakyat kita memenuhi perancangan yang dirancang," ujarnya.

Beliau menjelaskan, pada masa akan datang PBB perlu memperjuangkan pendidikan teknikal untuk memenuhi keperluan semasa.

"Ia (pendidikan teknikal) perlu diberi perhatian kerana pembangunan tidak pernah terhenti," jelasnya.-Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :