SEOUL: Korea Utara berjaya melaksanakan ujian peluru berpandu yang baharu dibangunkan bagi jarak sederhana hingga jauh.
Sesi ujian pada Ahad yang dipantau sendiri pemimpinnya Kim Jong-un, bertujuan menguji keupayaan peluru berpandu untuk membawa kepala peledak nuklear yang lebih besar dan berat.
Jong-un memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa ia tidak seharusnya memperlekehkan realiti bahawa tanah besar itu kini berada dalam "jarak serangan Utara," lapor agensi berita rasmi Utara, KCNA.
Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik yang mendarat di laut berhampiran Russia.
Amerika Syarikat menyifatkan ujian itu sebagai mesej kepada presiden baharu Korea Selatan untuk berdialog dengan Pyongyang.
Peluru berpandu itu dilancarkan pada sudut yang paling tinggi supaya tidak menjejaskan keselamatan negara-negara jiran dan terbang sejauh 787 kilometer mencecah ketinggian 2,111.5 kilometer, lapor agensi berita rasmi Utara, KCNA. - Reuters