Dadah Pada Punggung


ARIZONA: Rancangan seorang wanita menyeludup dadah dengan mengikatnya pada punggungnya gagal apabila dia dtahan pegawai kastam di sini.

Pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat berkata, wanita berusia 47 tahun itu yang berasal dari Arizona ditahan bersama-sama dadah bernilai AS$45,000 (RM20,000) ketika menyeberang sempadan dari Mexico ke Nogales.

Dia yang berjalan kaki ketika memasuki sempadan Amerika Syarikat mencetuskan kecurigaan pegawai kerana punggungnya kelihatan begitu besar.

Pegawai yang menahan dan menyiasatnya menemui hampir 1.3 kilogram heroin dalam bungkusan di dalam seluarnya. - Agensi

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :