Dr M janji kembali asas demokrasi, PM Pakatan bekerja untuk rakyat

Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan akan memastikan Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang mengutamakan rakyat, bukannya perdana menteri seperti diamal kepimpinan Najib sekarang.
mahathirJOHOR BAHRU: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan akan kembali kepada prinsip asas demokrasi iaitu kerajaan yang akan bekerja untuk rakyat, bukan sebaliknya jika Pakatan Harapan diberi mandat memerintah negara ini.
Ketika berucap di hadapan kira-kira 1,600 orang pada majlis makan malam mengumpul dana di Gelang Patah dekat sini malam tadi, bekas perdana menteri berkata, semua parti komponen Pakatan Harapan akan bekerja bersama-sama untuk rakyat, bukannya rakyat yang bekerja untuk mereka.
“Anda akan mempunyai seorang perdana menteri yang akan bekerja sebagai pekerja kita, yang akan bertindak untuk kita.
“Kami akan memastikan negara kita akan ditadbir oleh kerajaan yang memberi perhatian kepada apa yang rakyat benar-benar memerlukan.
“Sekarang seluruh kerajaan bekerja hanya untuk (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak),” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Dr Mahathir yang keluar Umno, parti yang beliau mengetuai selama lebih 22 tahun dan kemudiannya membantu membentuk PPBM berkata, Umno telah lari dari perjuangan asalnya.
Bagaimanapun Dr Mahathir mengakui keputusannya untuk bekerjasama dengan bekas musuh beliau tidak disambut baik oleh sesetengah pihak.
“Ada orang Melayu yang marah pada saya apabila duduk di sebelah (veteran DAP) Lim Kit Siang. Tetapi ada juga beberapa orang Cina yang mengecam Lim kerana untuk duduk di sebelah saya.”
Oleh itu, kata beliau, apa pun tindakan diambil, “kami akan menjadi salah.”
“Bagi kaum Cina, Lim telah mengkhianati mereka, untuk orang Melayu, saya telah mengkhianati mereka.
“Tetapi sebenarnya kami tidak mengkhianati sesiapa, kita di Malaysia. Ini adalah negara kita dan kerana kita cintakan negara kita, kita perlu memastikan negara ini ditadbir dengan baik,” katanya disambut sorakan gemuruh.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :