DRB-Hicom terus selia pentadbiran Proton – Mustapa


Berhubung jualan 49.9% kepentingan dan pegangan saham Proton kepada Geely yang dimeterai minggu lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin bahawa Proton akan kekal ditadbir dan diselia oleh DRB-Hicom.

“Berdasarkan maklumat yang disampaikan kepada saya, DRB-Hicom akan terus menerajui pengurusan Proton,” ujarnya. 

Beliau juga berpendapat usaha sama itu tidak mempunyai kesan signifikan bagi aspek eksekutif di dalam Proton Holding Sdn Bhd, seperti dilaporkan The Sun.

“Tetapi, sudah tentu, ia merupakan satu keputusan perniagaan. Apa pun selepas itu, kami serahkan kepada syarikat itu untuk membuat keputusan yang dirasakan terbaik untuk mereka,” tambah beliau.

Persefahaman itu, yang bakal menyaksikan Geely dan DRB-Hicom menandatangi perjanjian muktamad pada Julai nanti, turut melibatkan pengambil alihan saham majoriti sebanyak 51% ke atas Lotus dari Proton. 

Sebahagian daripada perkara yang dipersetujui juga adalah untuk mengeluarkan model SUV Proton berdasarkan model Geely Boyue sedia ada, walaupun perincian penuh masih belum didedahkan. - Paultan

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :