BERNAMA
Bersatu
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak terus bergolak apabila Ketua Srikandi Penaja Bahagian Batu Gajah, Zulaiha Sidiq dan Ketua Srikandi Penaja Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md Noraini meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.
Peletakan jawatan kedua-dua individu itu juga kerana kecewa dengan pergolakan berlaku antara anggota Bersatu ketika ini yang gagal diatasi sama ada di peringkat pusat atau negeri.
Zulaiha berkata peletakan jawatan yang dibuat turut melibatkan kedudukannya selaku Exco Srikandi Bersatu Malaysia dan ia dibuat secara rela hati tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
"Saya sudah muak dengan kemelut dan pergolakan dalaman dan peletakan kedua-dua jawatan tersebut membuktikan prinsip diri yang tidak dipengaruhi mana-mana pihak.
"Pucuk pimpinan pusat dan negeri perlu memberi perhatian serius kerana jika tidak mereka akan tanggung risiko terhadap apa yang bakal terjadi," katanya dalam sidang media semalam.
Sementara itu, Aflatuniah ketika ditemui enggan mengulas lanjut berkaitan keputusannya meletak jawatan.
Pada 20 Mei lalu, Ketua Penaja, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar menggesa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan berikutan hilang kepercayaan selain kegagalan mengatasi kepincangan yang berlaku di peringkat pimpinan Bersatu Perak.
Bagaimanapun, keesokannya Pengerusi Bersatu Perak, Ahmad Faizal Azumu mendakwa perkara itu sengaja direka-reka dan mendesak Azrul Suhadi membuat permohonan maaf secara terbuka selain meletak jawatan kerana bertindak di luar jangkauan.
Related Posts :
Kita sudah puas pujuk Pas, kata Nurul Izzah
“Kita sudah puas pujuk PAS”, itulah ungkapan yang dilafazkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kepada perwakilan Pakatan Harapan… Read More...
Equanimity: Kenapa Salleh beria-ia pertahan Jho Low, kata Rais YatimTan Sri Rais Yatim hairan dengan sikap Datuk Seri Salleh Said Keruak apabila kapal mewah “Equanimity” yang disita pihak berkuasa Indonesia b… Read More...
Guan Eng dera PKR dan PAN di P. Pinang?… Read More...
Wanita parah kereta terbalik selepas dirempuhANTARAPOS
SHAH ALAM: Seorang wanita parah selepas kereta dipandunya terbalik selepas dirempuh sebuah kereta jenis Honda CRV … Read More...
Tak suka Tun M ketuai PH, ahli DAP keluar parti AddThis Sharing Buttons Share to TwitterShare to FacebookShare to WhatsAppShare to WeChatShare to LINEShare to TelegramShare to Google+Share to EmailShare to Print pada 03-03-2018 02:03 Post Pic KAMPAR: Seramai 38 ahli DAP Bahagian Tapah dan Kampar bersama Pengerusi Perhubungan DAP Tapah, Richard Leong Soon Fatt meninggalkan parti yang didominasi kaum Cina itu berkuatkuasa hari ini. Soon Fatt yang telah 10 tahun bersama DAP turut mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam DAP termasuk sebagai Pengerusi DAP cawangan Chenderiang. Beliau dan 38 ahli DAP dari bahagian Tapah dan Kampar yang kemudiannya menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) cawangan Kampar yang ditubuhkan hari ini. Menurutnya, keputusannya keluar parti kerana tidak boleh menerima tindakan kepimpinan parti yang dikuasai Dinasti Lim menjalinkan hubungan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ujar beliau, mereka sukar untuk menerima hakikat DAP bukan sahaja bekerjasama dengan Tun Mahathir malah dipimpin oleh bekas Perdana Menteri selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH). "Selama 10 tahun dalam DAP, kami melihat Tun Mahathir sebagai musuh pembangkang ekoran pelbagai tindakannya termasuk memenjarakan seorang demi seorang pemimpin pembangkang termasuk Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Hari ini beliau (Tun Mahathir) minta maaf dan senang- senang pula mereka (pemimpin pembangkang) maafkan beliau. Demi untuk kuasa, mereka maafkan dia, tapi kami tak boleh terima. Perjuangan kami ada prinsip," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di majlis perasmian dan pembukaan Pusat Khidmat PCM bahagian Kampar disini hari ini Terdahulu, Pengerusi PCM Bahagian Kampar, Yeong Kok Ping turut menyerahkan borang keahlian 38 ahli DAP yang mahu menyertai PCM kepada itu Timbalan Pengerusi parti itu, Datuk Huan Cheng Guan.ANTARAPOS
KAMPAR: Seramai 38 ahli DAP Bahagian Tapah dan Kampar bersama Pengerusi Perhubungan DAP Tapah, Richard Leong Soon … Read More...