#DUNSarawak: 'Big Data' Diperkenalkan Untuk Perkongsian Maklumat


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengumumkan Sarawak akan memperkenalkan 'Big Data' untuk membolehkan setiap pihak termasuk penjawat awam, pemain industri dan swasta berkongsi maklumat.

Menurutnya, data tersebut dianalisis mengikut trend semasa yang dikenalpasti dengan memenuhi keperluan pasaran.

"Perkongsian data antara semua masyarakat ini dikenali sebagai 'Big Data'," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 di sini, hari ini.

Beliau berkata, 'Big Data' dibentuk dengan asas ekonomi digital yang merupakan pendekatan terkini pentadbiran kerajaan negeri.

"Ia (Big Data) membenarkan perkongsian data, situasi permintaan dan pembekalan yang lengkap dianalisis.

"Saya mahu sekarang 'server' kerajaan dihubungkan dengan data bukan peribadi dan tidak sensitif yang boleh diakses orang ramai," ujarnya.

Menurutnya lagi, versi pertama Sarawak Big Data akan diperkenalkan suku pertama 2018.

"Biarpun nampak kecil, namun ia (Big Data) adalah langkah untuk kita membangunkan Ekonomi Digital Sarawak," ujarnya.-Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :