KUCHING: Pembangunan ekonomi luar bandar khususnya di kawasan pesisiran pantai sentiasa diberi penekanan yang khusus sejajar dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan pelan transformasi sosio-ekonomi luar bandar.
Menteri Muda Pertanian, Dr Rahman Ismail berkata, pelbagai rancangan dan program telah dan akan dilaksanakan bagi memastikan peningakatan tahap sosio-ekonomi penduduk di kawasan berkenaan.
“Dalam melaksanakan program dan projek di negeri ini, pelbagai agensi telah dan akan berkerjasama melalui Jawatakuasa Transformasi Ekonomi Luar Bandar Peringkat Bahagian.
“Jawatankuasa ini akan mengenalpasti program dan projek yang bersesuaian dan berpotensi untuk dilaksanakan," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.
Beliau berkata sedemikian ketika menjawab soalan Yussibnosh Balo (BN-Tellian) mengenai program kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk di kawasan pesisiran pantai negeri Sarawak.-Sarawakiana