#DUNSarawak: Lundu Tidak Dipinggir Dalam Aspek Pembangunan



KUCHING: Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memajukan semua daerah di Sarawak termasuk daerah Lundu.

Menteri Muda Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil berkata, antara projek yang dirancang adalah  tebingan sungai, kolej matrikulasi dan hospital baru Lundu.

“Kerajaan Negeri Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi projek tebingan sungai di Sematan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas yang dijadualkan pada Ogos 2017 manakala pembinaan dijangka bermula pada Januari 2018 dan siap pada penghujung tahun 2018,"katanya

Menurutnya, pada masa ini kerja-kerja awalan seperti survei telah pun siap dan manakala kerja siasatan tanah dan reka bentuk sedang dijalankan.

“Projek Pusat Matrikulasi dan hospital baharu Lundu pula masih di peringkat perancangan. Tapak bagi kedua-dua projek tersebut telah pun diluluskan oleh Majlis Perancangan Negeri Sarawak pada Mac 2017,” katanya

Mengulas lanjut mengenai keluasan tanah untuk Pusat Matrikulasi Sematan dan Hospital Lundu, Jerip berkata, keluasan untuk kolej ialah 42 ekar manakala keluasan untuk hospital pula ialah 25 ekar.

“Kelulusan untuk keluasan tanah dari Jabatan Tanah dan Survei pada 2 Mac yang lalu,” ujarnya.

Berkata berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Amar Jamilah Anu (BN-Tanjung Datu) yang bertanyakan butiran terperinci ketiga-tiga projek pembangunan tersebut pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-18 semalam. - Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :