KUCHING: Pemilik rumah akan menanggung sendiri kos pemasangan bekalan elektrik ke tempat baharu kerana pampasan sudah dibayar.
Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) membayar pampasan kepada rumah yang terlibat Projek Pan Borneo.
Menurutnya, bayaran pampasan merangkumi penyambungan belalan air dan elektrik di rumah kediaman sedia ada disamping nilai tanah, nilai bangunan, kos gangguan dan pemindahan.
"Pemilik rumah akan menanggung bekalan elektrik ke tempat baharu kerana pampasan sudah dibayar.
"Ia melibatkan penyambungan bekalan air dan elektrik di rumah kediaman sedia ada disamping merangkumi nilai tanah, nilai bangunan, kos gangguan dan pemindahan," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ranum Mina (BN-Opar) mengenai pihak yang dipertanggungjawabkan bagi penyambungan semula bekalan elektrik terhadap rumah kediaman yang terlibat dengan Projek Jajaran Pan Borneo.-Sarawakiana