KUCHING: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan meluluskan RM5 juta untuk menaiktaraf sistem perparitan di Kampung Pinang Jawa.
Beliau yang melahirkan rasa bersyukur dengan peruntukan tersebut berkata, ia akan memberi manfaat kepada hampir 10,000 penduduk.
"Peruntukan ini penting untuk penduduk Kampung Pinang Jawa untuk mengurangkan kesan banjir.
"Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan meluluskan RM5 juta untuk projek perparitan ini," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.
Menurutnya, peruntukan tersebut dipohon pada Persidangan DUN lepas.
Berdasarkan maklumat kementerian jelasnya, tender untuk projek tersebut akan dikeluarkan Julai tahun ini.-Sarawakiana