#DUNSarawak: Usul Persendirian See Chee How Ditolak

KUCHING: Usul Persendirian yang dikemukakan See Chee How (PKR-Batu Lintang) untuk menggubal undang-undang bagi membolehkan Referendum dimulakan rakyat atau Citizens Initiated Referendum (CIR) ditolak.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, usul persendirian itu tidak mematuhi Perintah Am 45 (1) yang menyatakan mana-mana ahli DUN yang mahu membentangkan usul persendirian mesti tertakluk kepada Perkara 24 (7) Perlembagaan Sarawak.

“Dalam Perkara 24 (7) menyatakan tidak ada Rang Undang-Undang atau Pindaan yang melibatkan perbelanjaan daripada dana gabungan harus diperkenalkan atau dibentangkan di persidangan DUN kecuali daripada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Rang Undang-Undang daripada Yang Berhormat Batu Lintang ini bagaimanapun telah melibatkan dana gabungan antaranya melibatkan pelantikan pengarah atau pegawai serta sebagainya.

“Tambahan Yang Berhormat Batu Lintang juga bukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri maka tiada RUU yang memerlukan dana gabungan dibenarkan,” katanya pada Persidangan DUN Ke-18 di sini, semalam.-Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :