Empangan Trusan, Medamit Pacu Ekonomi Penduduk


LIMBANG: Pembinaan dua empangan di Trusan dan Medamit bakal melonjakkan aktiviti ekonomi penduduk luar bandar.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, sudah pasti pembinaan empangan tersebut juga akan memberi manfaat lain termasuk bekalan elektrik dan sumber air kepada penduduk Limbang dan Lawas.

Memetik laporan The Borneo Post, Abang Jo sebelum itu mendengar taklimat daripada Residen Limbang Datu Maria Hasman mengenai pembangunan terkini di Bahagian Limbang.

Menurut Abang Jo lagi, taklimat seperti itu penting untuk membolehkan beliau mengetahui secara terperinci supaya pendekatan holistik dapat diambil untuk membangunkan negeri ini.

Pada masa sama beliau berkata, semua jabatan dan agensi kerajaan perlu bekerjasama untuk memastikan setiap projek dapat disiapkan dalam jangka masa ditetapkan selain memenuhi objektif pelaksanaan.-Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :