HAWAII: Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda utara Antartika, semalam, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), namun ia dijangka tidak mencetuskan tsunami.
Menurut USGS, pusat gempa itu terletak 98 kilometer di timur laut Pulau Visokoi, di bahagian selatan Kepulauan South Sandwich, British.
"Gempa itu amat cetek hanya pada kedalaman 10 kilometer di bawah dasar laut," kata USGS. - Reuters