GENAPNYA EMPAT TAHUN PASCA PRU-13: MANIFESTO BN MASIH TIDAK MENEPATI JANJI

Hari ini, rakyat dalam keadaan yang semakin dihimpit kesusahan ekonomi terpaksa menyambut ulang tahun keempat pasca pilihan raya umum ke-13 yang telah berlangsung pada 5 Mei 2013.

Meskipun keputusan membuktikan bahawa gabungan kompenen Pakatan Rakyat masa itu memperoleh undi populariti majoriti sebanyak 51 peratus, namun hakikatnya Barisan Nasional yang dibantu oleh sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak adil dan telus tetap memerintah dan memperbodohkan rakyat.

Suka saya ingatkan kepada rakyat hari ini untuk menyemak semula manifesto-manifesto yang pernah Barisan Nasional menjanjikan untuk memperoleh mandat dalam terus mentadbir negara selepas PRU 13.

Di peringkat nasional, terdapat 17 aspek yang ditekankan dalam manifesto berkenaan. Ayuh kita imbas kembali isu-isu rakyat dan sejauh mana BN berusaha merealisasikannya ataupun sekadar bercakap kosong.

1. Menangani kos sara hidup: Hampir dua tahun selepas pilihan raya, Kerajaan Umno BN melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan memperoleh wang 30 juta rakyat Malaysia dengan anggaran RM30 bilion setahun.

Kerajaan beri BR1M sebanyak RM7 bilion hanya kepada 8 juta rakyat Malaysia. Akhirnya rakyat yang terus rugi dengan tanggungan inflasi yang lebih tinggi daripada kadar biasa.

Mana janji harga kereta akan turun? Kebanyakan rakyat Malaysia masih berhutang untuk tempoh sembilan atau tujuh tahun untuk membeli sebuah kereta (berbanding negara maju yang berhutang 3-5 tahun sahaja disebabkan kemampuan membayar ansuran bulanan lebih tinggi).

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar: Realitinya, penduduk bandar yang berpendapatan rendah masih tinggal di rumah flat yang kurang diselenggara.

Tahukah kerajaan BN bahawa masih wujud satu keluarga yang memiliki anak seramai 7 orang yang terpaksa tinggal berhimpit dalam rumah yang sempit? Paling malang, warga kota terpaksa hadapi kesesakan jalan raya mahupun menaiki pengangkutan awam yang harga tambangnya begitu mahal.

3. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar: Najib Razak berjanji akan kurangkan bayaran tol antara bandar. Yang rakyat lihat, tambang tol dalam bandar dinaikkan harga demi memberi keuntungan kepada konsesi dan akhir-akhir ini berita yang didengari adalah penukaran mod pembayaran, bukannya pemansuhan mahupun pengurangan bayaran tol.

4. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif: Mungkin yang BN maksudkan adalah bagaimana untuk menjana pendapatan peribadi dengan menggunakan terma-terma korporat seperti 1MDB, penjualan ekuiti, pembelian aset yang mewah dan sebagainya. Tiada guna Najib mahukan pendapatan per kapita RM45,000 menjelang 2020, jika yang selalu mendapat kekayaan negara adalah golongan kaya termasuklah kumpulan kleptokrat.

5. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama: Sejauh manakah institusi-institusi agama Islam di Malaysia bebas menyuarakan pandangan mengenai isu gejala rasuah, tatakelola buruk dan juga perihal ekonomi membabitkan Kerajaan Persekutuan?

Dalam tempoh akhir-akhir ini, kerap sahaja berlakunya semula suara-suara ekstremis yang menggugat keharmonian negara. Malangnya, kerajaan BN kurang peduli hal ini, bahkan cakna pula mengenai soal wala’ dan juga indeks maqasid syariah yang tidak menyelesaikan masalah besar negara.

6.Memerangi Gejala Rasuah: Laporan dari Transperancy International menunjukkan bahawa gejala rasuah semakin membarah, bermula dari peringkat atasan politik hingga ke peringkat masyarakat yang melibatkan badan penguatkuasaan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :