Hanya Makan Katak, Daun Ketika Hilang Di Hutan


JULAU: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu selepas pergi ke kebun 
di belakang Rh. Berenai Batu 16, Jalan KJD dekat sini ditemui selamat pagi tadi.

Mangsa, Tan Rarong, 69 yang ditemui selamat namun dalam keadaan lemah dijumpa 6 kilometer dari pos kawalan bomba pada jam 11.45 pagi tadi.

Mangsa juga memberitahu sepanjang tempoh berada dalam hutan, beliau hanya memakan katak pamak dan daun sabung untuk meneruskan kehidupan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa telah hilang sejak 19 Mei lalu namun operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan sejak empat hari lalu setelah laporan dibuat ahli keluarga mangsa untuk bantuan mencari mangsa.

“Mangsa ditemui 6 kilometer dari pos kawalan bomba dalam keadaan lemah dan mangsa dibawa keluar dari kawasan hutan sebelum dibawa ke klinik kesihatan Julau.

“Operasi pencarian mangsa agak sukar berikutan tiada sebarang petunjuk dan mengetahui dimana lokasi terakhir mangsa dilihat.”katanya.-Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :