Presiden FIFA Gianni Infantino mahu bertemu pemain tengah Pescara Sulley Muntari yang didakwa menjadi mangsa ejekan perkauman dalam bola sepak Itali.
Malah beliau berikrar akan menentang pihak dianggap ‘dungu’ kerana mencetuskan isu perkauman.
Muntari dikenakan tindakan selepas mendakwa diejek perkauman ketika perlawanan di Cagliari sebelum digantung satu perlawanan biarpun pengharaman itu ditarik semula.
Pemain antarabangsa Ghana itu keluar meninggalkan padang pada penghujung perlawanan sebagai tanda protes.
Infantino memberitahu media mahu bercakap kepada Muntari dan akan memberikan "soladariti penuh" FIFA.
Presiden FIFA terbabit akan membincangkan isu itu bersama Persekutuan Bola Sepak Itali, Carlo Tavecchio.
"Sudah tentu saya akan bercakap kepada Tavecchio dan juga kepada Muntari. Kami akan bekerjasama," kata Infantino kini berada di Bahrain menghadiri Kongres FIFA, hari ini.-Reuters