Insiden Kemalangan Di Lebuhraya Madinah-Qassim


PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa setakat ini tiada laporan diterima dari pihak berkuasa tempatan Arab Saudi atau agen umrah berkaitan mengenai penglibatan rakyat Malaysia dalam insiden kemalangan pada Jumaat, 26 Mei 2017.

Sepertimana dilaporkan di Saudi Gazettte, insiden tersebut melibatkan pertembungan lima buah bas di mana sebanyak enam nyawa terkorban manakala 81 penumpang lain cedera.

Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah terus memantau perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa Arab Saudi sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.

Sumber : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NIZAM HALIMI
Assistant Secretary
Division of Communications and Public Diplomacy
Emel : nizamhalimi@kln.gov.myas

– BERNAMA

Subscribe to receive free email updates: