Raja pop Datuk Jamal Abdillah berhasrat menerbitkan drama bersiri berkisar masalah sosial termasuk penagihan dadah untuk tatapan masyarakat.
Jamal, 57, meluahkan hasrat berkenaan selepas ditanya perancangan sama ada mahu kembali semula berlakon di layar lebar.
Jamal berkata, hajat itu sememangnya sudah dirancang sekian lama dan kini tibalah masanya dia berkongsi perjalanan hidupnya dalam industri hiburan.
Menurut Jamal, perancangan pembikinan drama bersiri itu kini berada di fasa kedua selepas fasa pertamanya menjayakan konsert tiga suara bergabung bersama Zamani Slam dan Ameng Spring di Istana Budaya pada 22 hingga 25 September tahun lalu.
“Sebenarnya ketika ini saya merancang berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memaklumkan hasrat penerbitan ini tetapi belum berkesempatan.-myMetro