Jangan jadi mangsa ‘virus’ skim haram


Oleh William Leong
Sindiket skim haram bagaikan satu “virus” yang sukar untuk dicegah. Malah kegiatan ini bukan sahaja beroperasi di bandar tetapi turut menular hampir ke seluruh kawasan luar bandar.
Saya menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menguatkuasakan undang-undang dengan tegas terhadap pelaku dan penganjur skim kewangan haram. Adakah undang-undang sedia ada tidak dapat banyak membantu pihak berkuasa bertindak dalam jenayah bentuk baru ini?
Ini bagi memastikan penguatkuasaan dan pengawalan dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Perkara sebegini tidak boleh dipandang remeh kerana terdapat ramai pelabur di luar sana yang sengaja menggalakkan orang ramai untuk menyertai skim haram berkenaan.
Saya percaya aktiviti skim haram ini akan terus berlaku selagi ada orang yang bersedia untuk menjadi mangsa.
Saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya untuk menyertai skim yang menjanjikan pulangan, kadar faedah dan keuntungan tinggi yang tidak munasabah apabila difikirkan.
Saya yakin BNM sentiasa akan mengemaskini senarai skim-skim pelaburan yang tidak berlesen bagi memudahkan rujukan orang ramai.
Permasalahan sebegini hanya akan membantutkan lagi usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat dan maju.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :