JAWAPAN BUAT ADAM: PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN INVOKE SEJAK DITUBUHKAN



Saya menghormati hak Saudara Adam Rosly yang membuat kenyataan menuntut INVOKE (dan juga NOW, atau NationalOversight & Whistleblowers) untuk mendedahkan sumber pendapatan dan perbelanjaan. Walaupun saya berpendapat secara politik saya tidak wajar melayan karenah Saudara Adam Rosly yang telah pun direhatkan dari jawatannya di dalam KEADILAN dan sedang disiasatLembaga Disiplinkerana kesnya, saya juga percayaseorang penjawat awam seperti saya perlu tangkasmemberi jawapan dalam semua isu bersabit ketelusan.

Oleh yang demikian,saya sertakan penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi INVOKE dan NOWseperti yang ditunjukkan diLampiran A dan B.

Penyatatersebut perludibaca dengan berlatar belakangkan maklumat-maklumat berikut:

1.     INVOKEadalah sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertaklukkepada Akta Syarikat. Tahun kewangan INVOKE Solutions Sdn Bhd adalah bagi tempoh berakhir 31 Disember 2017. Laporan kewangan yang telah diaudit perlu difailkan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut undang-undang. Penyata kewangan INVOKE hanya boleh diaudit selepas 31 Disember 2017 dan selepas itu, orang ramai boleh menyemak kedudukan kewangan INVOKE dari semasa ke semasa mengikut carian di SSM.

2.    NOW adalah sebuahsyarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertaklukkepada Akta Syarikat. Tahun kewangan Oversight and Whistleblowers Sdn Bhd adalah bagi tempohberakhir 31 Disember 2017. Laporan kewangan bagi tahun kewangan 31 Disember 2015 yang telah diauditdan difailkan dengan SSM mengikut undang-undangdisertakan di dalam Lampiran B. Laporan kewangan bagi tahun kewangan 31 Disember 2016 sedang disediakan dan diaudit.


Dikeluarkan oleh: RAFIZIRAMLI

Bagi pihak INVOKE


 

LAMPIRAN A

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN INVOKE

sejak ditubuhkan sehingga 30 April 2017

Semua angka dalam RM

PENDAPATAN


Suntikan dana oleh Rafizi RamliNota 1

Jualan meja, tiket & barangan semasa majlis
787,049

kutipan dana
857,369

Jualan barangan secara online melalui eShop
56,923

Jualan laporan bulan INVOKE secara online
16,245

Jualan perkhidmatan sukarelawan secara online
dan pemindahan bank Nota 2

1,063,066

Jumlah pendapatan

2,780,652

PERBELANJAAN

Aset tetap (ubahsuai pejabat di 17 lokasi pejabat,
kelengkapan bukan elektronik)

268,434
Aset tetap (kelengkapan elektronik)
49,391
Aset tetap (kelengkapan Call Centre dan sistem kajiselidik elektronik)

300,341
Gaji kakitangan (80 kakitangan tetap)
888,487
Talian telefon dan internet untuk Call Centre
326,301


Perbelanjaan kempen lapangan (field campaign)
di 50 kerusi marginal

187,661

Bayaran pemasaran media sosial
21,871
Bayaran penganjuran majlis kutipan dana termasuk makanan dan sewaan

237,929
Kos barangan (t-shirt, kole minuman dan lain-lain)
36,131
Sewa 17 pejabat
44,654
Elektrik, air, internet dan lain-lain
15,412
Percetakan dan pos
17,828

Jumlah perbelanjaan


2,394,440
BAKI DI BANK DAN DI TANGAN

386,212


Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :