Jelajah Bermotosikal Terus Berkembang Selepas Pan Borneo Siap


KUCHING: Selepas siapnya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo nanti, pelancongan berasaskan jelajah bermotosikal dijangka terus berkembang pesat.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, ia merupakan petanda baik untuk ekonomi tempatan dan kerajaan negeri sentiasa menggalakkan acara yang menjana pendapatan.

Beliau turut melahirkan rasa gembira kerana jelajah bermotosikal merupakan segmen berkembang pesat untuk sektor pelancongan Sarawak.

"Sekarang ini lebih banyak 'Bike Weeks' atau acara bermotosikal diadakan di Sarawak berbanding empat atau lima tahun lepas," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Muda Belia dan Sukan Snowdan Lawan.

Seramai 150 pemilik Harley Davidson dari serata dunia terlibat dengan Borneo International Hog Rally Malaysia 2017 anjuran Harleys Owners Group (HOG) Malaysia dari Kuala Lumpur dan Borneo.

Abang Johari percaya jelajah yang bermula dari Kota Kinabalu dan berakhir di Kuching akan memberi pengalaman berharga kepada pemilik Harley Davidson menerokai kepulauan Borneo menggunakan motosikal masing-masing.

"Semasa tiba di Kuching, anda sudah melalui perjalanan kira-kira 1,450 kilometer melalui landskap luar bandar dan bandar yang menarik," ujarnya.-Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :