Kajian PPBM menunjukkan Dr Mahathir Mohamad berada di tempat ke-2 dengan 35.9% undi, disusuli Abdul Hadi Awang yang meraih 34.3% undi.
Katanya, seramai 3,000 responden di 30 kerusi Parlimen BN dan pembangkang, termasuk di Sabah dan Sarawak menyertai kajian itu.
Hasil kajian menunjukkan Muhyiddin mendahului dengan 37.3% undi setuju, 25.1% membantah dan bakinya tidak pasti.
Dr Mahathir yang mendapat 35.9% undi berada di tempat ke-2, manakala Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat ke-3 dengan 34.3% undi.
Ia disusuli bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; bekas ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz; bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bagaimanapun, lebih ramai responden yang membantah berbanding undi menyokong Anwar dan Hishammuddin sebagai perdana menteri.
Bagi Datuk Seri Najib Razak pula, seramai 52% responden membantah beliau menjadi perdana menteri, 27.9% tidak pasti dan hanya 20% menyokong pengerusi BN itu memegang jawatan nombor 1 negara.
“Tiada seorang pun pemimpin BN berada dalam senarai 5 calon teratas untuk PM dan ia jelas menunjukkan Najib berada jauh di belakang pemimpin lain, di tempat ke-9,” katanya ketika mengumumkan hasil kajian itu, hari ini.
Katanya, majoriti responden “tidak pasti” mengenai isu politik, pemimpin dan pucuk pimpinan.
Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, Muhyiddin mungkin menjadi PM jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya, tetapi PKR bertegas yang Anwar – sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan liwat – ialah calon PM mereka.
Read More / Baca Lagi >>