Kanak-Kanak Dua Tahun Mati Ditembak


DOHA: Kumpulan lelaki bersenjata membunuh seorang kanak-kanak Arab Saudi dan lelaki Pakistan dalam serangan ke atas pekerja di projek pembinaan di timur Arab Saudi Rabu lalu, kata Kementerian Dalam Negeri semalam. 

Penjenayah itu cuba menghentikan kerja pembinaan semula kuarters lama di bandar Awamiya, yang didakwa tempat persembunyian militan Syiah, kata jurucakap kementerian yang dipetik agensi berita SPA. 

Mereka melepaskan tembakan ke arah kakitangan keselamatan dan orang yang lalu-lalang, membunuh seorang kanak-kanak dua tahun dan warga Pakistan serta mencederakan 10 lagi termasuk enam rakyat tempatan. 

"Pekerja ditembak pengganas dari kejiranan untuk menghalang projek dan melindungi rumah tinggal yang digunakan untuk menculik penduduk," lapor SPA. 

Serangan berlaku di Qalif, wilayah pengeluar minyak yang mempunyai ramai penduduk berfahaman Syiah yang menyaksikan bantahan menuntut lebih banyak hak di Arab Saudi yang majoritinya rakyat berfahaman Sunnah. 

Penduduk dan aktivis memberitahu Reuters Rabu lalu bahawa beberapa cedera ketika pertempuran antara pasukan keselamatan yang memasuki bahagian lama bandar itu dikenali sebagai al-Musawara yang dibantu jentolak. 

Surat khabar tempatan melaporkan pasukan keselamatan Arab Saudi menembak mati seorang lelaki dikehendaki. - Reuters

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :