TINDAKAN seorang penceramah yang memberi amaran kepada lebih 3,500 kanak-kanak sekolah rendah supaya berbuat baik kepada ibu mereka bagi mengelakkan ibu masing-masing mengalami ‘sakit mental’ telah dikecam ramai.
Ini kerana kata-kata penceramah itu telah mengakibatkan kanak-kanak terbabit menangis dan meraung.
Kritikan keras itu disuarakan netizen di China selepas video berkenaan tersebar semalam dan telah menarik perhatian kira-kira 5.8 juta tontonan, kurang daripada 24 jam.
Ia juga mencetuskan perdebatan mengenai kaedah yang digunakan oleh penceramah berkenaan, Qu Yang Weijian.
“Keapa perlu penceramah membuat kanak-kanak tersebut menangis? Ia langsung tidak sepatutnya berlaku.
“Ucapannya langsung tak masuk akal. Dia cuba basuh fikiran mereka dengan menggunakan kaedah yang sangat emosi,” kata netizen.
Bagi yang bersetuju dengan kaedah berkenaan pula menyifatkan ia sebagai cara berkesan untuk mengingatkan kanak-kanak akan keperluan berbuat baik kepada ibu bapa mereka.
Qu, yang mendakwa dirinya sebagai pakar pendidikan merupakan pengasas kepada sekolah tutorial English dikenali sebagai Crazy English.
Dia pernah mengadakan kem musim panas dengan mengenakan bayaran sebanyak RM10,000 bagi setiap pelajar.- Mynewshub.cc
Related Posts :
Kroni jejaskan ekonomi, kata Amanah
KRONI beri kesan buruk kepada ekonomi dan membentuk kesenjangan menerusi monopoli, kata Pengarah Strategi Amanah Dzulkefly Ahmad.
… Read More...
Prolintas: Tanah tak stabil punca kren tumbang di MRR2
Bernama
Pasukan kecemasan turut dikerahkan ke kawasan kejadian untuk kerja pembersihan bagi menyuraikan kesesakan trafik deng… Read More...
BN Selangor bantah cadangan kedua persempadanan semula SPRANTARAPOS
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengemukakan bantahan terhadap cadangan kedua persempadanan se… Read More...
Jangan main politik, Sultan Johor beritahu datuk bandar FMT Reporters Share Tweet Pin Mail sltanjohor4_1445 Gambar Facebook PETALING JAYA: Sultan Johor mengingatkan datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan jangan terlibat atau campur politik dan tumpu pada soal pentadbiran serta penguatkuasaan. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu mereka menjalankan tanggungjawab dengan dedikasi bagi memastikan agenda pembangunan rakyat terus diutamakan. “Sebagai penjawat awam anda semua mempunyai tanggungjawab untuk bersama-sama memajukan negeri Johor serta kawasan pentadbiran masing-masing di samping mengutamakan masalah rakyat. “Tumpukan perhatian pada kawasan pentadbiran masing-masing termasuk soal keindahan, kebersihan, pemasangan papan tanda. Jika ada pelan pembangunan projek dikemukakan sila teliti secara terperinci. “Pastikan pelan pembangunan itu menepati ciri-ciri yang diperlukan antaranya soal landskap, keselamatan, kualiti jalan raya, laluan pejalan kaki dan basikal. Ini semua membabitkan kepentingan rakyat secara keseluruhan,” kata Sultan Ibrahim. Sultan Johor berkata demikian di Facebook hari ini, selepas pertemuan 1 jam bersama datuk bandar dan YDP pihak berkuasa tempatan di Kelab Polo Diraja Johor di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Pada pertemuan itu, Sultan Ibrahim mengarahkan mereka mengemukakan laporan kebersihan dan keindahan daerah, dan cadangan pembangunan dan kemajuan negeri untuk penelitian.FMT Reporters
Gambar Facebook
PETALING JAYA: Sultan Johor mengingatkan datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan jangan te… Read More...
… Read More...