WASHINGTON: Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS) dilaporkan belayar di kawasan pertikaian di Laut China Selatan berhampiran kawasan beting yang terbabit dalam tuntutan dengan Beijing.
Pegawai itu berkata, kapal USS Dewey berada dalam kedudukan kurang daripada 12 batu nautika daripada Beting Mischief, iaitu sebahagian dari Kepulauan Spratly ketika berada dalam operasi pelayaran bebas.
Difahamkan, latihan itu adalah yang pertama diadakan oleh Washington sejak pentadbiran negara itu diambil alih Presiden Donald Trump. AFP