Kerajaan campuran dikatakan akan mengantikan kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak sekiranya Pakatan Harapan akan menang dalam pilihan raya akan datang, 'pengkhianatan' yang berlaku agak mustahil menjadi kenyataan kerana berlaku pertandingan tiga penjuru.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan adakah rakyat dapat diyakini kerajaan yang baharu itu kelak boleh mengantikan pentadbiran negara lebih baik berbanding kerajaan Najib?
"Sesungguhnya tidak ada Kerajaan yang begitu buruk dan berjenayah besar seperti Kerajaan Najib.
"Kerajaan yang bercadang mengganti Najib ialah Kerajaan parti-parti campuran pembangkang yang akan dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang mahir dalam politik dan dibantu dengan mereka yang berpengalaman dalam pentadbiran negara.
"Mereka tidak ada rekod jenayah atau menyalahguna kuasa. Mereka terpelajar dan pernah menjadi anggota Kerajaan," jelasnya dalam tulisan terbaru di blognya hari ini.
Beliau juga mempersoalkaan apakah mungkin gabungan parti-parti lawan menang dalam PRU14?
Terkini semalam keputusan Majlis Syura Ulama Pas sudah pasti akan berlaku pertandingan tiga penjuru .
"Besar kemungkinan mereka menang jika pertandingan hanyalah antara mereka dengan Barisan Nasional.
"Tetapi ada parti-parti yang kononnya akan letak calon untuk melawan Najib dan BN. Dengan ini akan berlakulah pertandingan tiga atau empat penjuru.
"Kesannya ialah pengundi yang berhasrat mengalahkan Najib akan berpecah dua atau tiga. Penyokong Najib, kerana sebab-sebab tertentu akan bersatu mengundi BN. Najib akan menang kerana berpecahnya undi pembangkang.
Read More / Baca Lagi >>