Kerana Dendam Pada Bapa, Anak Tanggung Derita


KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan derita setelah putus dua jarinya kerana ditetak bapa saudaranya di Batu 10 Penrissen, dekat sini semalam.

Memetik laporan akhbar Utusan Borneo Online, kejadian yang berlaku sekitar jam 1.30 petang itu, suspek yang berusia 31 tahun difahamkan bertindak menetak jari anak saudaranya kerana dendam lama terhadap bapa mangsa yang telah melaporkan kepada polis mengenai penglibatannya dalam beberapa kes pecah rumah pada tahun lepas.

Menurut sumber, suspek telah ditahan polis selepas laporan dibuat oleh bapa mangsa pada ketika itu dan suspek nekad membalas dendam selepas dibebaskan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berdasarkan rekod polis, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau.

“Polis kini telah membuat hebahan dan tindakan mengesan suspek giat dijalankan,”katanya.

Sehingga berita ini ditulis, mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan lanjut. - Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :