MIRI: Kerusi yang sebelum ini ditandingi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Sarawak akan diberikan kepada Parti Amanah Negara (PAN) pada Pilihan Raya Umum ke- 14 (PRU14).
Memetik laporan Utusan Borneo, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian berkata Pakatan Harapan (PH) bersetuju untuk menyerahkan kerusi tersebut kepada PAN dan bersetuju untuk mewakilkan seorang calon iaitu satu lawan satu antara calon PH dan Barisan Nasional (BN).
“Kerusi PAS akan diberi kepada PAN dan kita juga setuju bertanding satu lawan satu dengan BN,“ jelasnya pada Majlis Makan Malam ‘Wave Of Change’ anjuran PH Utara Sarawak terdiri daripada PKR, PAN dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Eastwood Valley Golf and Country Club baru-baru ini.
Menurutnya lagi, dalam PRU14 hanya Sarawak sudah menyelesaikan kerusi di seluruh Sarawak.
“Sarawak yang pertama dan kita akan bertanding mengikut kerusi 2013,” katanya. - Sarawakiana