Kes pusat judi, rumah urut: Orang tengah direman


PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret di sini membenarkan seorang lelaki dipercayai orang tengah dalam kegiatan kutip wang pusat judi dan rumah urut di Melaka direman enam hari.

Perintah reman bermula hari ini hingga 24 Mei ini dikeluarkan Majistret Nadia Othman. Suspek berusia 32 tahun itu adalah individu ke-11 yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi dan rumah urut di beberapa lokasi di Melaka.

Sejak Rabu lalu hingga semalam 10 individu termasuk dua Ketua Polis Daerah dan lima anggota polis pelbagai pangkat direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini jam 9 pagi berbaju lokap SPRM berwarna jingga dan bergari.-BHOnline

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :