Semalam, MK Land Holdings Bhd mengumumkan bahawa firma itu menerima penyata cukai RM80.77 juta berhubung dengan tahun taksiran 2009-2011 dan 2013.Sumber: http://ift.tt/2rcpKPZ
Antara projek MK Land, adalah membangunkan Bukit Merah Laketown dan Damansara Perdana. Syarikat itu diasaskan oleh Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.
Menurut satu pemfailan MK Land kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu tidak bersetuju dengan kaedah penilaian LHDN dan akan mengemukakan rayuan.
Sementara itu, aset milik pengerusi eksekutif Country Heights Holdings Bhd (CHHB) dan pemegang saham utama syarikat berkenaan, Tan Sri Lee Kim Yew dalam sebuah bank asing dibekukan oleh LHDN awal bulan ini.
Menurut kenyataan syarikat itu kepada Bursa Malaysia, LHDN cuba mendapatkan cukai RM22.5 juta daripada anak syarikat CHHB bagi tahun 1997 dan 1998.
Jelas ada syarikat yang disiasat atas cukai semasa Tun Mahathir berkuasa iaitu tahun 1997-1998.
Cukai bukan sahaja syarikat besar kena bayar. Mana-mana rakyat Malaysia yang layak dicukai akan turut disiasat oleh LHDN sekiranya ada yang tak kena dalam cukai-cukai yang lepas. Itu perkara biasa bagi pembayar cukai. Takde pulak mana-mana ahli politik mahu perjuangkan perkara ini. Tapi bila ada syarikat besar yang diburu, ada pulak yang membela.
Eloklah LHDN pandai buat kerja, kejar syarikat-syarikat besar. Ini marhaen baru dapat bonus atau jual rumah dah kena tolak cukai. Takkan syarikat besar untung juta-juta boleh terlepas?
Bab cukai ni elok tak payah politikkan. Bukan kroni Tun je yang kena macam ni. Kalau nak bela, bela semua orang, bukan terpilih kepada yang kaya-raya dan elit-elit sahaja.
*Pakatan3kroni.